Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bagaimana saya boleh log masuk semula selepas memasang semula aplikasi pada peranti yang sama atau peranti baharu?

 

Jika anda perlu log masuk menggunakan peranti baharu, ikuti arahan dalam notifikasi GXBank yang dihantar ke peranti lama anda. Jika anda tidak menerima notifikasi tersebut, ikuti langkah ini:

  1. Log masuk ke Aplikasi GXBank pada peranti lama anda
  2. Pilih “Profil” > “Keselamatan & privasi” > “Buang akaun dari peranti”.
  3. Kemudian, log masuk menggunakan peranti baharu anda
  4. Sahkan identiti anda dengan memasukkan nombor telefon dan PIN bank
  5. Lengkapkan pengesahan tambahan dengan mengambil swafoto
  6. Peranti baharu anda akan berjaya dipautkan semula ke  Akaun GX Biz anda.

Jika anda tidak mempunyai peranti lama atau sedang memasang semula aplikasi pada peranti yang sama dan isu masih berterusan, sila hubungi kami di +603 7498 3188 atau e-mel ke ask@gxbank.my untuk bantuan.

Nota: Terdapat tempoh bertenang selama 12 jam selepas anda paut semula peranti ke akaun anda. Anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi keluar dalam tempoh ini.

  • Was this article helpful?