Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apakah itu Tempoh Bertenang dan bila ia dilaksanakan?

 

Tempoh Bertenang adalah tempoh menunggu selama 12 jam sebagai langkah keselamatan untuk mengelakkan sebarang akses tidak dibenarkan ke Akaun GX Biz anda. Tempoh Bertenang mungkin diaktifkan apabila anda log masuk selepas melakukan perkara berikut:

  • Memilih untuk membuang akaun anda dari peranti
  • Memasang semula aplikasi GXBank pada peranti
  • Membuat tetapan semula pada peranti
  • Mengosongkan cache dan data peranti
  • Peranti anda menghadapi isu semakan keselamatan

Aktiviti yang akan dihadkan dalam tempoh 12 jam ini termasuk:

  • Transaksi debit manual seperti menghantar wang ke bank lain atau sebarang transaksi dalam talian
  • Pengeluaran Pinjaman
  • Melanggan insurans

Nota: Jangan padam aplikasi GXBank, tetapkan semula peranti atau kosongkan cache/data sebelum anda membuang akaun daripada peranti.
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi Sokongan Pelanggan 24/7 melalui sembang langsung dalam aplikasi atau di +603 7498 3188.