Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apa itu DarkSword?

 

DarkSword ialah eksploitasi terbaharu dalam peranti iPhone dimana penggodam mencuri data pengguna dengan mudah dan tanpa dikesan apabila pengguna melayari laman sesawang sah yang telah dicemari.

Apakah impak eksploitasi ini kepada saya?

Simpanan wang anda dalam GXBank adalah selamat dan terjamin. Namun, sekiranya peranti iPhone pengguna masih tidak dikemaskini, ia membolehkan penggodam untuk mencuri maklumat peribadi termasuk mesej, gambar, video, kata laluan bank, e-wallet, dompet kripto, data kesihatan, dan lain-lain tanpa dikesan.

Saya telah mengemaskini aplikasi GXBank saya. Adakah saya selamat daripada eksploitasi ini?

Pengemaskinian aplikasi GXBank DAN peranti iPhone kepada versi terbaharu adalah solusi menyeluruh daripada eksploitasi ini.

Apakah tindakan selanjutnya jika peranti saya berisiko? 

Sila pergi ke “Seting > Umum > Mengenai” dan periksa versi iOS. Jika versi diantara 18.4 sehingga 18.7, sila pergi ke “Seting > Umum > Kemaskini Perisian” dan tekan “Kemaskini Sekarang” kepada versi 18.7.7 atau yang terbaharu versi 26.

Jika anda tidak boleh mengemaskini peranti anda serta-merta, sila tetapkan “Mod Penyekatan” melalui  “Seting > Privasi & Keselamatan > Mod Penyekatan > Aktifkan Mod Penyekatan”. 

Apakah peranan GXBank dalam menangani ekploitasi DarkSword ini?

Pakar teknologi dan kesihatan siber GXBank sedang memantau eksploitasi ini. Untuk tujuan keselamatan, transaksi perbankan hanya boleh dilakukan sekiranya peranti iPhone anda menggunakan versi iOS yang terkini. Ketahui lebih lanjut di Petua Keselamatan.

Apa yang perlu saya lakukan jika ada transaksi yang mencurigakan di aplikasi GXBank saya?

Jika anda dapati sebarang transaksi yang mencurigakan, sila ke aplikasi GXBank anda dan tekan “Kill Switch” serta-merta. Hubungi pegawai khidmat pelanggan kami yang tersedia 24/7 dan nyatakan masalah anda. Ketahui lebih lanjut di Bagaimanakah saya boleh membekukan aktiviti akaun jika saya mengesyaki terdapat aktiviti penipuan pada akaun saya?.