Apakah yang dimaksudkan dengan "Jumlah Baki" yang dipaparkan di laman utama Aplikasi GXBank?
Jumlah baki anda termasuk baki Akaun Utama dan Poket Simpanan anda, dengan pengecualian sebarang amaun diperuntuk. Jumlah baki ini ialah amaun yang tersedia untuk digunakan, seperti pembayaran, perbelanjaan, pengeluaran dan pemindahan.
Jumlah Amaun diperuntukan mewakili dana yang sedang diproses atau ditahan, seperti kebenaran sementara. Dana ini tidak tersedia untuk digunakan sehingga pemprosesan selesai atau tempoh penahanan tamat.
Contoh (Pra-Kebenaran Stesen Minyak):
Pada 2 Jan 2023, jumlah baki anda ialah RM3,200
Pada 3 Jan 2023, anda mengisi minyak di stesen minyak, dan stesen itu telah menahan sementara RM200 pada kad debit anda.
• Jumlah baki anda: RM3,000
• Amaun tertahan: RM200
Pada 5 Jan 2024, caj sebenar RM80 telah diproses.
• Jumlah baki baharu anda: RM3,120
• Amaun tertahan: RM0