Akaun saya telah dibuka tetapi ditutup oleh GXBank selepas itu. Apa yang berlaku?
Terdapat beberapa sebab yang mungkin menyebabkan Akaun GX anda ditutup oleh pihak Bank.
Jika anda baru sahaja membuka akaun, sila pastikan anda melakukan deposit pertama untuk mengaktifkannya. Penting untuk melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) transaksi deposit dalam tempoh 12 bulan dari tarikh pembukaan akaun bagi memastikan akaun anda kekal aktif.
Jika akaun sedia ada anda ditutup, ia mungkin disebabkan oleh keperluan peraturan, isu risiko atau pematuhan, ketidakaktifan akaun, atau faktor lain seperti pembekuan, penggantungan, sekatan, penutupan, atau penamatan akaun.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pasukan Sokongan Pelanggan kami yang beroperasi 24/7 melalui saluran berikut:
- In-app Live Chat
- Hotline di +603 7498 3188
- E-mel di ask@gxbank.my