Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apakah itu Pemindahan DuitNow?

 

Dengan Pindahan DuitNow, anda boleh menghantar wang serta-merta 24/7 ke mana-mana Nombor Akaun atau ID DuitNow (nombor telefon mudah alih, nombor MyKad, nombor Pasport, nombor Tentera/Polis atau nombor Pendaftaran Perniagaan).

DuitNow Transfer boleh dilakukan melalui saluran perbankan internet atau mudah alih bank-bank dan akaun e-dompet yang mengambil bahagian di Malaysia.

Apakah itu ID DuitNow:

Pendaftaran sekali sahaja diperlukan untuk pautkan ID DuitNow anda dengan akaun bank atau akaun e-dompet anda.

Anda boleh mendaftarkan beberapa ID DuitNow, selagi ID DuitNow anda telah disahkan oleh bank anda. Namun begitu, satu ID hanya boleh didaftarkan dengan satu akaun bank sahaja.