Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Adakah aplikasi GXBank selamat?

 

Di GXBank, keselamatan anda adalah keutamaan kami. Langkah kesalamatan tambahan seperti enkripsi, pengesahan Identiti, pemantauan penipuan digunakan dalam usaha untuk memastikan keselamatan akaun dan maklumat peribadi anda terjamin semasa transaksi dalam talian.

Aplikasi kami juga menawarkan ciri "Kunci Akaun", yang membolehkan anda untuk mengunci akaun anda melalui aplikasi untuk keselamatan tambahan. Selain itu, apabila anda log masuk ke peranti baru, akan ada "Cooling Off Period" dengan masa yang ditetapkan sebelum anda boleh menggunakan ciri-ciri lain seperti "Hantar Duit". Ini dapat memastikan pengalaman perbankan yang selamat  dengan mengurangkan potensi risiko dan akses yang tidak dibenarkan.