Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bagaimanakah cara memautkan app GXBank selepas memasang semula pada peranti yang sama atau pada peranti baharu?

 

Jika anda menggunakan peranti yang sama dan mendapati peranti itu tidak terpaut pada Akaun GX anda, mungkin terdapat beberapa sebab di sebalik isu ini:

  1. Pemasangan semula app Aplikasi GXBank
  2. Penetapan semula peranti
  3. Pemadaman cache dan maklumat peranti

 

Jika anda perlu log masuk menggunakan peranti baharu, ikuti arahan tertera di notifikasi Aplikasi GXBank yang dihantar ke peranti yang digunakan sebelum ini. Jika anda tidak menerima notifikasi tersebut, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke app Aplikasi GXBank pada peranti yang digunakan sebelum ini.
  2. Klik "Saya" > "Keluarkan akaun dari peranti".
  3. Kemudian, log masuk menggunakan peranti baharu anda.
  4. Sahkan identiti anda dengan memasukkan nombor telefon dan PIN bank anda.
  5. Lengkapkan pengesahan tambahan dengan mengambil swafoto.
  6. Peranti baharu anda akan berjaya dipautkan ke Akaun GX anda.

Jika anda tidak mempunyai peranti lama anda atau anda telah memasang semula app pada peranti yang sama dan isu ini berterusan, sila hubungi kami di +603 7498 3188 atau e-mel kami di ask@gxbank.my untuk mendapatkan bantuan.

Nota: Untuk makluman anda akan ada tempoh bertenang selama 12 jam untuk mengelakkan sebarang transaksi yang tidak dibenarkan selepas anda memautkan semula peranti ke akaun anda. Anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi keluar dalam tempoh ini.

  • Was this article helpful?