Mengapakah saya melihat mesej 'Pemeriksaan Keselamatan Sedang Dijalankan' dalam aplikasi saya?
Anda mungkin akan menghadapi situasi ini semasa melakukan aktiviti seperti membuat pembayaran (QR atau Kirim Wang) daripada aplikasi mudah alih.
Bagi memastikan akaun dan wang anda selamat, pihak kami mungkin perlu mengimbas peranti anda untuk sebarang ancaman keselamatan. Langkah ini adalah untuk memastikan peranti anda bebas daripada sebarang kelemahan sekuriti.
Kadangkala, masalah teknikal seperti sambungan internet yang lemah boleh menyebabkan pembayaran tidak berjaya. Jika ini berlaku, sila cuba sekali lagi.

