Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apa itu aplikasi berbahaya dan apa yang boleh saya lakukan?

 

Aplikasi berbahaya adalah sebarang aplikasi mudah alih dalam peranti anda yang mungkin mengandungi tanda-tanda perisian hasad (malware) dan boleh menjadi kerentanan keselamatan.

Aplikasi GXBank akan memaklumkan anda tentang kerentanan ini apabila dikesan dalam peranti anda.

Untuk terus menggunakan Aplikasi GXBank:

  1. Anda perlu menyahpasang aplikasi yang terjejas dalam tetapan telefon anda.
  2. Lancarkan semula Aplikasi GXBank dan log masuk.

Tip: Muat turun aplikasi hanya dari sumber rasmi atau yang dipercayai, seperti Apple Store dan Google Play Store.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut atau memerlukan bantuan, sila hubungi pusat khidmat pelanggan kami yang tersedia 24/7 melalui Live Chat,+603 7498 3188 atau email kami di ask@gxbank.my.

  • Was this article helpful?