Mengapa butiran kad saya disimpan dengan nama bank yang berbeza dan bukan GX Bank di sesetengah platform?
Banyak bank masih menggunakan Nombor Pengenalan Bank (BIN) 6 digit untuk kad mereka, manakala Kad GX didaftarkan dengan BIN 8 digit melalui Mastercard. BIN 8 digit adalah standard global baharu yang semua penerbit dan pemeroleh kad akhirnya perlu beralih kepadanya secara berperingkat.
Enam digit pertama daripada BIN 8 digit kami adalah sama dengan BIN sebuah bank lain, iaitu Shinhan Bank. Oleh itu, pada platform pedagang yang hanya mengenali BIN 6 digit, butiran kad anda mungkin dipaparkan di bawah nama bank yang berbeza dan bukan GX Bank. Namun, jika pedagang menyokong BIN 8 digit, mereka akan mengenal pasti kad anda dengan betul sebagai milik GX Bank.
Jangan risau, perbezaan ini tidak menjejaskan fungsi kad anda sebagai pelanggan.