Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Di dalam keadaan apa dana dalam akaun saya akan diperuntukan?

 

Dana dalam Akaun GX yang dipautkan kepada Kad GX anda mungkin ditahan atau diperuntukkan sementara dalam situasi di mana jumlah transaksi sebenar tidak dapat ditentukan pada waktu pembelian. Contoh biasa termasuk:

  • Stesen Minyak: Caj prakebenaran sebanyak RM 200 (atau jumlah yang ditetapkan oleh stesen minyak) mungkin dikenakan apabila menggunakan pam layan diri.
  • Hotel: Semasa daftar masuk, hotel mungkin mengenakan caj prakebenaran bergantung pada tempoh penginapan anda.
  • Tempat Letak Kereta: Terminal tempat letak kereta mungkin mengenakan caj prakebenaran apabila anda memasuki kawasan parkir.
  • Sistem Pengangkutan Awam: Caj prakebenaran mungkin dikenakan untuk perkhidmatan pengangkutan tertentu, seperti SGD 15 untuk transaksi MRT di Singapura. Caj serupa mungkin dikenakan bagi sistem pengangkutan lain pada masa akan datang.

Sebagai panduan umum, dana dalam Akaun Simpanan GX anda akan ditahan atau diperuntukkan apabila transaksi belum selesai dan jumlah akhir tidak dapat ditentukan pada masa transaksi dimulakan.