Apakah itu Kempen Pulangan Tunai QR GXBank?
Kempen Pulangan Tunai QR GXBank ("Kempen") ini dianjurkan oleh GX Bank Berhad ("GXBank") dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet") dan akan berlangsung dari 6 Mei 2025 hingga 14 September (termasuk kedua-dua tarikh) atau setelah mencapai Had Maksimum, yang mana lebih awal, atau seperti yang ditentukan oleh GXBank dengan notis terlebih dahulu ("Tempoh Kempen").
Table A
| Bulan Kempen | Tempoh Bulan Kempen |
| Bulan Kempen 1 | 6 Mei - 5 Jun 2025 |
| Bulan Kempen ke 2 | 6 Jun - 5 Julai 2025 |
| Bulan Kempen ke 3 | 6 Julai - 5 Ogos 2025 |
| Bulan Kempen ke 4 | 6 Ogos - 14 September 2025 |

