Apakah ganjaran kempen dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya ?
Ganjaran Kempen:
Pulangan Tunai 0.2% untuk transaksi yang Layak yang dibuat melalui kod DuitNow QR statik atau dinamik peniaga dalam kedai
Kriteria Kelayakan:
Untuk menerima Ganjaran Kempen, anda mesti:
- mempunyai Akaun GX sedia ada dalam kedudukan yang baik; dan
- membuat pembayaran DuitNow QR, dengan jumlah transaksi minimum RM5, menggunakan aplikasi mudah alih GXBank ("Aplikasi GX") dengan mengimbas kod DuitNow QR peniaga (statik atau dinamik) semasa Tempoh Bulan Kempen seperti yang disenaraikan dalam Jadual A ("Transaksi yang Layak").
Kelayakan Ganjaran Kempen:
- Jumlah Transaksi Minimum: Setiap transaksi mestilah sekurang-kurangnya RM5 untuk layak sebagai Transaksi yang Layak ("Syarat Transaksi Minimum").
- Had Pulangan Tunai Bulanan: Pulangan Tunai dihadkan pada RM5 bagi setiap Pelanggan yang Layak, setiap Bulan Kempen ("Had Bulanan").
- Had Tempoh Kempen: Pulangan tunai maksimum RM15 boleh diperoleh oleh setiap Pelanggan yang Layak sepanjang Tempoh Kempen.
- Pengiraan dan Pembulatan: Jumlah pulangan tunai akan dikira pada 0.2% daripada jumlah Transaksi yang Layak dan dibundarkan ke bawah kepada dua (2) tempat perpuluhan.
Bulan Kempen | Transaksi | Kelayakan & Pulangan Tunai |
Pelanggan A | ||
Bulan Kempen 1 |
Melakukan dua (2) pembayaran DuitNow QR berikut berjumlah RM200 menggunakan Aplikasi GX untuk mengimbas kod DuitNow QR peniaga:
Nota: Kedua-dua transaksi memenuhi syarat minimum RM5 (rujuk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen) |
Pengiraan Pulangan Tunai Jumlah pulangan tunai yang diperoleh = RM0.40 |
Bulan Kempen 2 | Melakukan tiga (3) pembayaran DuitNow QR berikut berjumlah RM500 menggunakan Aplikasi GX untuk mengimbas kod DuitNow QR peniaga:
(rujuk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen) |
Pengiraan Pulangan Tunai Jumlah pulangan tunai yang diperoleh = RM1 |
Bulan Kempen 3 | Melakukan satu (1) pembayaran DuitNow QR bernilai RM1,500 menggunakan Aplikasi GX untuk mengimbas kod DuitNow QR peniaga Nota: Transaksi memenuhi syarat minimum RM5 (rujuk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen) |
Pengiraan Pulangan Tunai Jumlah pulangan tunai yang diperoleh = RM3 |
Pelanggan B | ||
Bulan Kempen 1 |
Melakukan satu (1) pembayaran DuitNow QR berjumlah RM1,500 menggunakan Aplikasi GX untuk mengimbas kod QR peniaga Nota: Transaksi memenuhi syarat minimum RM5 (rujuk kepada Kelayakan Ganjaran |
Pengiraan Pulangan Tunai Jumlah pulangan tunai yang diperoleh= RM3 |
Bulan Kempen 2 | Melakukan dua (2) pembayaran DuitNow QR berikut berjumlah RM3,000 menggunakan Aplikasi GX untuk mengimbas kod DuitNow QR peniaga:
|
Pengiraan Pulangan Tunai
Jumlah pulangan tunai yang diperoleh = RM5 Oleh kerana Had Bulanan, Pelanggan B hanya layak menerima pulangan tunai RM5 untuk Kempen Bulan 2 (rujuk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen) |
Bulan Kempen 3 | Membelanjakan RM1,500 menggunakan Kad Debit GX (bukan melalui DuitNow QR) | Tidak layak mendapat pulangan tunai kerana pembayaran tidak dibuat dengan mengimbas kod DuitNow QR peniaga melalui Aplikasi GX. |
Pelanggan C | ||
Bulan Kempen 1 | Tiada pembayaran dibuat menggunakan DuitNow QR peniaga melalui Aplikasi GX | Tidak layak mendapat pulangan tunai. |
Bulan Kempen 2 | Membelanjakan sejumlah RM150 menggunakan Aplikasi Grab untuk mengimbas kod DuitNow QR peniaga | Tidak layak mendapat pulangan tunai. Pembayaran mesti dibuat menggunakan Aplikasi GX. |
Bulan Kempen 3 | Melakukan satu (1) pembayaran DuitNow QR bernilai RM500 menggunakan Aplikasi GX untuk mengimbas kod DuitNow QR peniaga Nota: Transaksi memenuhi syarat minimum RM5 (rujuk kepada Kelayakan Ganjaran Kempen) |
Pengiraan Pulangan Tunai RM500 × 0.2% = RM1.00 Nota: Pulangan tunai akan dikreditkan pada akhir hari berikutnya selepas tarikh Transaksi yang Layak |