Setelah menjejaki pesanan saya, dinyatakan bahawa kad saya telah dihantar. Namun, saya tidak menerima kad tersebut. Apa yang perlu saya lakukan?
Hubungi perkhidmatan kurier secara langsung untuk bertanya mengenai penghantaran bagi mendapatkan butiran tambahan atau membantu menyelesaikan isu ini. Jika anda memerlukan bantuan lanjut, hubungi kami dengan nombor penghantaran anda melalui kaedah berikut:
- Live Chat dalam aplikasi.
- Talian Hotline: +603 7498 3188
- E-mel Sokongan Pelanggan: ask@gxbank.my
Ingat untuk memberikan nombor penjejakan anda, yang boleh didapati dengan langkah mudah berikut:
- Log masuk ke aplikasi GXBank
- Pergi ke Halaman Utama Kad GX
- Ketik "Track Order"
- Anda akan dialihkan ke laman web City Express, di mana anda boleh melihat nombor penjejakan anda.
Jika kad anda disahkan hilang, anda boleh membatalkan kad tersebut dan memohon kad baharu. Pastikan alamat surat-menyurat dan nombor telefon bimbit anda adalah tepat dan dikemas kini sebelum meneruskan penghantaran Kad Fizikal anda.