Bilakah kad fizikal saya akan tiba?
Anda boleh menjejaki status penghantaran Kad Fizikal anda dengan beberapa langkah mudah:
- Log masuk ke aplikasi GXBank
- Pergi ke Laman Utama Kad GX
- Ketik “Jejak Pesanan” (Track Order)
Kemas kini status penghantaran akan tersedia di laman utama Kad GX dalam tempoh 3-4 hari bekerja dari tarikh permohonan. Anggaran penghantaran lazimnya dalam tempoh 5 hari. Bagi pelanggan yang berada di Malaysia Timur atau di kawasan pedalaman, sila benarkan tambahan 1-2 hari bekerja melepasi tempoh anggaran penghantaran.
Penghantaran kad mungkin mengalami kelewatan disebabkan hujung minggu dan cuti umum Hari Raya kerana pejabat rakan kongsi penghantaran kami akan ditutup. Kami memberi jaminan bahawa pasukan kami komited untuk memastikan kad anda tiba secepat mungkin.

