Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penyata akaun bulanan saya?
Untuk mengakses e-Penyata bulanan untuk Akaun GX anda, ikut langkah berikut:
Untuk Akaun Utama:
- Pergi ke bahagian 'Akaun Utama' dalam aplikasi.
- klik pada pilihan 'Lagi' (tiga titik).
- Pilih 'Lihat penyata'.
- Pilih bulan yang dikehendaki untuk dimuat turun.
Untuk Poket Simpanan:
- Pergi ke bahagian 'Poket Simpanan'.
- Pilih Poket Simpanan tertentu.
- Klik pada 'Tetapan'.
- Klik pada 'Lihat Penyata'.
- Pilih bulan yang dikehendaki untuk dimuat turun.
Jika anda ingin berkongsi, menyimpan atau mencetak penyata, ketik pada ikon "kongsi".