Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bagaimanakah faedah harian dikira?

 

Akaun GX Kadar Faedah Semasa (Sebelum 1 Oktober 2024) Kadar Faedah harian yang telah dikemaskini (Berkuat kuasa 1 Oktober 2024)
Akaun Utama 3% p.a. 2% p.a
Poket Simpanan 3% p.a. 2% p.a

Berkuat Kuasa 1 Oktober 2024

Faedah yang dikreditkan akan mengikut formula berikut:

Jumlah Faedah = Baki Akhir Hari x ( Kadar Faedah / Jumhlah hari dalam setahun)

"Baki Akhir Hari" merujuk kepada baki dalam Akaun Utama dan Poket Simpanan anda masing-masing pada jam 23:59:59.

Titik perpuluhan kedua akan dibundarkan keatas sekiranya titik perpuluhan ketiga adalah 5 dan keatas. Jika tidak, ia akan dibundarkan kebawah. Contoh adalah seperti berikut:

0.02499 dibundarkan ke 0.02

0.02501 dibundarkan ke0.03

0.99999 dibundarkan ke 1.00

0.99199 dibundarkan ke 0.99

"Jumlah Hari dalam Setahun" merujuk kepada sama ada 365 untuk tahun biasa atau 366 untuk tahun lompat, bergantung pada tahun tertentu bagi pengiraan "Baki Akhir Hari."

Contoh untuk (2% p.a X 366) = 

 

Hari Pertama (1 Oktober 2024), Anda depositkan RM50 semasa pembukaan akaun

  • Baki Akhir Hari = RM50
  • Kadar Faedah = 2% p.a
  • Jumhlah hari dalam setahun = 366
  • Kadar faedah per hari = 2% p.a / 366 hari = 0.0000546448
  • Darabkan dengan Baki Akhir Hari = 0.0000546448 X RM50 = RM0.00273224
  • Faedah dibundarkan kepada sen terdekat = RM0.00

 

Hari kedua (2 Oktober 2024), anda depositkan lagi RM2000

  • Baki Akhir Hari = RM2,050
  • Kadar Faedah = 2% p.a
  • Jumhlah hari dalam setahun = 366
  • Kadar faedah per hari = 2.00% p.a. / 366 Hari = 0.0000546448
  • Darabkan dengan Baki Akhir Hari =  0.0000546448 X RM2,050 = RM0.11202184
  • Faedah dibundarkan kepada sen terdekat = RM0.11
     

Hari Ketiga (3 Oct 2024), tiada deposit atau pengeluaran dilakukan

  • Baki Akhir Hari = RM2,050.11
  • Kadar Faedah = 2% p.a
  • Jumhlah hari dalam setahun = 366
  • Kadar faedah per hari = 2.00% p.a. / 366 Hari = 0.0000546448
  • Darabkan dengan Baki Akhir Hari =  0.0000546448 X RM2,050.11 = RM0.112027
  • Faedah dibundarkan kepada sen terdekat = RM0.11

 

Hari Keempat (4 Oktober 2024), anda mengeluarkan RM700

  • Baki Akhir Hari = RM1,350.22
  • Kadar Faedah = 2% p.a
  • Jumhlah hari dalam setahun = 366
  • Kadar faedah per hari = 2.00% p.a. / 366 Hari = 0.0000546448
  • Darabkan dengan Baki Akhir Hari =  0.0000546448 X RM1,350.22 = RM0.0737825
  • Faedah dibundarkan kepada sen terdekat = RM0.07
  • Was this article helpful?