Bagaimanakah cara saya membekukan aktiviti akaun jika saya mengesyaki aktiviti penipuan pada akaun saya?
Anda boleh menyekat akses kepada akaun anda buat sementara waktu sekiranya anda mengesyaki bahawa anda adalah mangsa penipuan (scam), dengan mengaktifkan ciri "Kunci Akaun" melalui aplikasi atau talian hotline GXBank. Berikut ialah langkah keseluruhan ringkas proses laporan:
- Sekat akaun anda
Anda boleh menggunakan ciri "Kunci Akaun" dengan mudah dalam Aplikasi GXBank. Hanya log masuk ke aplikasi, pergi ke bahagian "Saya" pada Skrin Utama, dan pilih "Kunci Akaun". klik pada "Kunci Akaun Sekarang" dan pilih sebab untuk menyekat akaun anda. Dengan mengikuti langkah mudah ini, akaun anda akan disekat serta-merta.
Atau, anda juga boleh menggunakan sistem automatik suara kami atau bercakap dengan salah seorang ejen kami melalui panggilan atau Live Chat untuk sekat akaun anda. Berikan butiran yang diperlukan tentang kejadian itu, seperti tarikh dan masa. Untuk sekatan akaun anda menggunakan sistem automatik suara, hubungi +603 7498 3188, tekan 1 dan sah kad pengenalan dan nombor telefon anda. Akaun anda akan disekat serta-merta.
E-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel berdaftar anda. Akses kepada Aplikasi GXBank anda akan disekat bersama dengan semua pindahan dana keluar; dana masuk tidak akan terjejas.
- Buat laporan polis
Adalah penting untuk membuat laporan polis, walaupun anda tidak kehilangan wang. Langkah ini penting jika anda telah berkongsi maklumat peribadi anda dengan seseorang yang mendakwa berasal dari GXBank melalui panggilan, pautan atau e-mel.
Jika anda ingin membuka kunci akaun anda, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan kami.