Apa yang perlu saya lakukan untuk memastikan aplikasi GXBank selamat?
Untuk memastikan keselamatan akaun GXBank anda, sila ikuti garis panduan berikut:
Pastikan maklumat anda selamat:
- Berhati-hati dengan pautan mencurigakan dalam mesej atau e-mel kerana ia mungkin membawa kepada laman web palsu. Taip URL secara manual di pelayar anda.
- Jangan sekali-kali berkongsi maklumat log masuk anda seperti kata laluan, PIN bank dan OTP. Kami di GXBank tidak akan meminta maklumat ini.
- GXBank tidak menghantar pautan yang boleh diklik atau nombor hotline melalui SMS atau e-mel.
Pastikan PIN bank anda selamat:
- Gunakan PIN yang kuat dan unik, elakkan menggunakan maklumat peribadi seperti tarikh lahir.
- Tukar PIN secara berkala, sebaiknya setiap 3 bulan.
- Elakkan menulis PIN di tempat yang boleh diakses orang lain.
Pastikan maklumat anda dikemas kini:
- Kemas kini maklumat akaun anda dengan segera apabila maklumat perhubungan berubah, untuk memastikan anda menerima OTP dan notifikasi transaksi.
Pastikan peranti anda selamat:
- Muat turun aplikasi hanya dari gedung rasmi seperti Apple App Store dan Google Play Store.
- Pastikan peranti anda dikemas kini dengan versi perisian terkini untuk mengatasi pepijat dan kerentanan.
Jika anda mengesyaki bahawa akaun GXBank dan/atau PIN bank anda telah dikompromi, anda boleh memilih pilihan terbaik berdasarkan situasi anda. Menetapkan semula PIN boleh meningkatkan keselamatan aplikasi GXBank anda. Tambahan, anda juga boleh mengaktifkan ciri "Kunci Akaun" dalam aplikasi sebagai perlindungan tambahan, sekiranya anda merasakan ia diperlukan. Pasukan Khidmat Pelanggan kami tersedia 24/7 untuk membantu anda dalam menawarkan bantuan yang diperlukan. Di GX Bank, keselamatan akaun anda adalah keutamaan kami, dan kami bersedia untuk membantu anda dalam memastikannya kekal selamat.