Apakah perbezaan antara transaksi tidak dibenarkan dan transaksi tersilap?
Transaksi tidak dibenarkan merujuk kepada transaksi pembayaran yang dilakukan tanpa pengetahuan atau kebenaran anda. Ia mungkin melibatkan transaksi yang anda tidak kenal pasti atau yang tidak dilakukan oleh anda.
Manakala, transaksi tersilap merujuk kepada transaksi pembayaran yang telah dilakukan kepada penerima yang salah. Ini boleh berlaku sekiranya maklumat pembayaran yang dimasukkan adalah tidak tepat, seperti nombor akaun, nombor telefon atau nombor MyKad yang salah semasa pemindahan dibuat. Ia mungkin melibatkan transaksi yang dimulakan oleh anda dan dibayar kepada orang yang salah, atau transaksi yang dimulakan oleh orang lain dan dibayar kepada anda.