Adakah terdapat baki minimum untuk memperoleh faedah dalam Akaun GX Biz saya?
Ya, baki akaun anda mesti mencukupi untuk menjana faedah sekurang-kurangnya RM0.01 dalam Akaun GX Biz anda. Jika pengiraan faedah harian kurang daripada RM0.01, faedah tersebut tidak akan dikreditkan ke Akaun Prinsipal anda.
Contoh:
Contoh 1:
Baki akhir hari: RM72.99
Pengiraan faedah harian: RM72.99 × 2.5% setahun / 365 hari = RM0.004999315068
Dalam kes ini, tiada faedah akan dikreditkan ke akaun kerana jumlah faedah dibundarkan ke bawah apabila angka perpuluhan ketiga kurang daripada 5.
Contoh 2:
Baki akhir hari: RM73.00
Pengiraan faedah harian: RM73.00 × 2.5% setahun / 365 hari = RM0.00500000000
Dalam kes ini, faedah sebanyak RM0.01 akan dikreditkan ke akaun kerana jumlah faedah dibundarkan ke atas apabila angka perpuluhan ketiga ialah 5 atau lebih.