Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apakah jenis data peribadi yang GXBank kumpul?

 

Data Peribadi anda hanya akan diminta sekiranya anda berinteraksi dengan kami melalui Aplikasi, laman web, platform media sosial, talian Khidmat Pelanggan dan perkhidmatan kami yang lain. Contoh Data Peribadi yang mungkin kami perlukan termasuk nama anda, Nombor Telefon, alamat, tarikh lahir, maklumat pekerjaan, butiran kewangan dan perbankan serta pilihan. 

Sesetengah maklumat yang kami kumpulkan mungkin sensitif, seperti nombor kad pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan dan maklumat kewangan. Kami menyimpan data ini mengikut undang-undang yang berkenaan untuk memastikan kawalselia dan perlindungan maklumat anda.