Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan aplikasi GXBank selamat?
Sila ikut garis panduan ini untuk memastikan Akaun GX anda selamat:
Pastikan maklumat anda selamat:
- Berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan yang dihantar melalui mesej atau e-mel, kerana ia boleh membawa kepada laman web palsu yang dicipta untuk mengumpulkan maklumat peribadi. Adalah lebih baik untuk menaip URL laman web secara manual ke dalam browser anda.
- Jangan sekali-kali berkongsi butiran log masuk anda, termasuk kata laluan, PIN kesalamtan dan maklumat OTP. Kami, di GXBank tidak akan meminta maklumat ini.
- GXBank tidak akan menghantar pautan atau nombor talian hotline melalui SMS atau e-mel.
Pastikan PIN anda selamat:
- Gunakan PIN yang kukuh dan unik, elakan maklumat peribadi seperti tarikh lahir.
- Tukar PIN anda dengan kerap, sebaik-baiknya setiap 3 bulan.
- Elakkan menulis PIN anda dengan cara yang menjejaskan keselamatan PIN tersebut.
Pastikan maklumat anda dikemas kini:
- Kemas kini akaun anda dengan segera apabila nombor telefon anda berubah. Ini memastikan anda menerima OTP dan pemberitahuan untuk aktiviti perbankan dalam talian.
Pastikan peranti anda selamat:
- Hanya muat turun aplikasi daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery.
- Pastikan peranti anda dikemas kini dengan kemas kini perisian terkini untuk menangani sebarang "bugs" atau kelemahan.
Jika anda mengesyaki Akaun GX dan/atau PIN anda telah terjejas anda boleh memilih pilihan terbaik mengikut situasi. Mengemaskini PIN anda boleh meningkatkan keselamatan Aplikasi GXBank anda. Selain itu, untuk penambahan perlindungan, anda juga mempunyai pilihan untuk "Kunci Akaun" jika anda rasa perlu. Pegawai Khidmat Pelanggan kami bersedia untuk membantu anda 24/7 sekiranya anda memerlukan sebarang bantuan. Di GXBank, keselamatan akaun anda adalah keutamaan kami dan kami bersedia untuk memastikan ianya sentiasa selamat.