Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Saya telah memindahkan dana kepada penerima yang salah. Bolehkah saya membatalkan transaksi dan mendapatkan semula dana?

 

Kami faham bahawa pindahan dana kepada penerima yang salah amat membimbangkan. Kami di sini sedia membantu anda menyelesaikan situasi ini.

Jika nombor akaun yang anda masukkan tidak mempunyai sebarang pemilikan atau butiran akaun tidak sah, dana akan dikembalikan ke akaun anda secara automatik. Walau bagaimanapun, jika nombor akaun adalah sah dan transaksi telah berjaya diselesaikan, kami mengesyorkan anda mengambil langkah berikut:

Sebaik sahaja anda menyedari kesilapan tersebut, sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan 24/7 kami melalui saluran berikut:

  • In-app Live Chat
  • Talian hotline Bank GX: +603 7498 3188
  • E-mel Hotline Khidmat Pelanggan GXBank: ask@gxbank.my

Berikan kami butiran yang diperlukan, seperti tarikh transaksi, masa dan maklumat akaun penerima.

Buat laporan polis: Sila buat laporan polis di balai polis terdekat mengenai transaksi yang tersilap. Pastikan anda memberikan semua maklumat yang berkaitan, termasuk nombor akaun penerima, nama dan sebarang butiran lain yang boleh membantu siasatan.

Sementara kami berusaha untuk mengembalikan dana tersebut, sila ambil perhatian bahawa kejayaan pengambilan semula dana bersekatkepada pelbagai faktor, termasuk kerjasama penerima dan institusi kewangan mereka.

Adalah penting untuk berhati-hati dan menyemak semula semua butiran penerima sebelum memulakan sebarang pindahan dana. Sila pastikan ketepatan nombor akaun, nama penerima dan maklumat lain yang berkaitan boleh membantu mengelakkan situasi sedemikian.

  • Was this article helpful?