Bagaimana saya boleh menambah pindahan Kegemaran saya?
Terdapat 2 cara untuk anda menambah pindahan kegemaran anda:
Tambah pindahan Kegemaran anda selepas transaksi:
- Buka aplikasi GXBank anda,
- Pilih "Hantar Duit"
- Masukkan Nombor Akaun atau ID DuitNow
- Masukkan jumlah pindahan
- Lengkapkan transaksi
- Setelah transaksi anda lengkap, tekan "⭐" untuk menambah sebagai pindahan Kegemaran anda
- Edit nama penerima anda.
- Anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan selfie sebagai langkah keselamatan tambahan.
Tambah Kegemaran dari senarai terkini anda
- Buka aplikasi GXBank anda
- Pilih "Hantar Duit"
- Jika anda telah melengkapkan transaksi sebelum ini, anda akan melihat penerima anda dalam senarai terkini
- Tekan pada "⭐" untuk menambah sebagai pindahan Kegemaran
- Edit nama penerima anda
- Anda akan diminta untuk melengkapkan pengesahan selfie sebagai langkah keselamatan tambahan.
Setelah penambahan penerima Kegemaran anda berjaya, anda akan menerima email dan notifikasi dalam aplikasi sebagai pengesahan perubahan tersebut.