Apabila saya mengakses Akaun GX saya daripada aplikasi Grab, adakah saya memberikan maklumat akaun perbankan saya kepada Grab?
Tidak. Privasi dan keselamatan anda adalah penting bagi kami. Apabila anda mengakses Akaun GX anda daripada GXBank, anda disambungkan dengan selamat ke platform GXBank. Maklumat akaun perbankan anda disimpan berasingan dan selamat oleh GXBank, memastikan privasi data peribadi anda.