Bolehkah saya menggunakan aplikasi GXBank pada lebih daripada satu peranti?
Untuk memastikan keselamatan akaun dan maklumat peribadi anda, anda hanya boleh mengakses Aplikasi GXBank memalui satu peranti dalam satu satu masa. Jika anda cuba untuk log masuk ke peranti yang baru, anda akan menerima push notification di peranti asal anda untuk memaklumkan tentang percubaan untuk log masuk tersebut.
Sebelum anda boleh menggunakan Aplikasi GXBank di peranti baru, anda perlu menyahpaut akaun anda daripada peranti yang lama. Ini untuk memastikan akaun anda kekal selamat dan bagi mencegah akses yang tidak dikenal pasti.
Sekiranya anda tidak mempunyai peranti anda yang asal atau anda berdepan dengan sebarang masalah semasa proses menyahpaut peranti anda. Sila hubungi Hotline Khidmat Pelanggan kami akan membantu anda dalam isu ini.
Nota: Untuk makluman anda akan ada tempoh bertenang selama 12 jam untuk mengelakkan sebarang transaksi yang tidak dibenarkan selepas anda memautkan semula peranti ke akaun anda. Anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi keluar dalam tempoh ini.