Bagaimanakah boleh mendapatkan pinjaman tanpa dokumen pendapatan?
Ciri Pengecualian Dokumen' (CPD) adalah satu kemudahan yang mempercepatkan dan mempermudahkan permohonan FlexiCredit anda. Anda tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengumpul dan memuat naik dokumen pendapatan.
Kami menggunakan data terjamin yang sedia ada dari agensi rujukan kredit yang sah dan melalui sejarah akaun GXBank anda. Melalui cara ini, kami dapat menilai kedudukan kewangan, tahap pendapatan anda dengan selamat, seterusnya menawarkan had kredit kepada anda tanpa memerlukan sebarang dokumen pendapatan.
Ciri ini dibina dalam proses permohonan dan ia mematuhi sepenuhnya peraturan serta undang-undang kawal selia yang ditetapkan.

