Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bagaimanakah cara memautkan app GXBank selepas memasang semula pada peranti yang sama atau pada peranti baharu?

 

Jika anda menggunakan peranti yang sama dan mendapati peranti itu tidak terpaut pada Akaun GX anda, mungkin terdapat beberapa sebab di sebalik isu ini:

  1. Pemasangan semula app Aplikasi GXBank
  2. Penetapan semula peranti
  3. Pemadaman cache dan maklumat peranti

Log masuk menggunakan peranti baharu

Ikuti arahan tertera di notifikasi Aplikasi GXBank yang dihantar ke peranti yang digunakan sebelum ini. Jika anda tidak menerima notifikasi tersebut, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Log masuk ke app Aplikasi GXBank pada peranti yang digunakan sebelum ini.
  2. Klik "Saya" > "Keluarkan akaun dari peranti".
  3. Kemudian, log masuk menggunakan peranti baharu anda.
  4. Sahkan identiti anda dengan memasukkan nombor telefon dan PIN bank anda.
  5. Lengkapkan pengesahan tambahan dengan mengambil swafoto.
  6. Peranti baharu anda akan berjaya dipautkan ke Akaun GX anda.

NyahPaut Peranti Layan Diri melalui IVR (Pilihan Terpantas)

Jika anda menghadapi masalah untuk log masuk selepas memasang semula aplikasi (kerana peranti sebelum ini masih terpaut pada akaun anda), anda kini boleh menggunakan ciri layan diri IVR kami untuk menyahikat peranti anda dengan pantas.

KEPERLUAN KRITIKAL: Fungsi ini hanya akna tersedia jika anda membuat panggilan dari nombor telefon yang didaftarkan dengan GX Bank dan mempunyai Kad GX fizikal yang aktif. Sila pastikan anda mempunyai kad fizikal anda sebelum meneruskan.

Langkah-langkah untuk Menyahpaut melalui IVR:

  1. Hubungi talian hotline GXBank di 03-7498 3188.
  2. Pilih Pilihan 1: Alih keluar akaun daripada peranti.
  3. Ikut gesaan suara untuk melengkapkan proses.

Nota: Harap maklum bahawa akan ada tempoh bertenang selama 12 jam untuk mengelakkan sebarang transaksi tanpa kebenaran selepas anda mengikat semula peranti pada akaun anda. Anda tidak akan dapat melakukan sebarang transaksi keluar dalam tempoh ini.

  • Was this article helpful?