Mengapa saya tidak boleh menekan pada sebarang butang dalam aplikasi GX saya?
Jika anda menghadapi situasi ini, anda mungkin telah mengaktifkan 'screen overlay' di telefon anda. Anda tidak akan dapat menekan apa apa atas sebab kebimbangan keselamatan.
Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, anda boleh mematikan 'screen overlay' dengan mengikuti langkah-langkah di bawah.
Mematikan 'Screen Overlay' pada Stock Android:
- Buka Tetapan.
- Pilih “Aplikasi & Pemberitahuan”.
- Klik “Lanjutan”.
- Dalam menu yang diperluaskan, ketik “Akses Aplikasi Khas”.
- Klik “Papar di Atas Aplikasi Lain".