Mengapakah had kredit yang ditawarkan oleh Bank begitu rendah? Apakah yang berlaku jika saya menerimanya? Bolehkah saya katakan tidak?
-
Jika permohonan anda menggunakan 'Ciri Pengecualian Dokumen' (CPD), had kredit yang diluluskan mungkin lebih rendah kerana ciri ini hanya berdasarkan pada data daripada agensi rujukan kredit dan rekod bank kami. Sekiranya anda ingin mendapatkan had yang lebih tinggi, anda digalakkan untuk memuat naik dokumen pendapatan anda.
- Jika anda menerima had yang diluluskan oleh CPD, had FlexiCredit anda akan diaktifkan serta-merta, membolehkan anda mengakses dana sehingga had yang diluluskan. Walau bagaimanapun, selepas pengaktifan, tiada saluran segera untuk meminta semakan had.
- Ya, anda boleh menolak ciri ini. Anda ada dua pilihan:
- Pilihan 1: Minta Had Yang Lebih Tinggi: Pilih "Saya mahu had yang lebih tinggi". Tindakan ini mewajibkan anda memuat naik dokumen pendapatan terkini untuk membolehkan kami membuat penilaian pendapatan anda yang lengkap dan menentukan had kredit muktamad yang mungkin lebih tinggi.
- Pilihan 2: Menolak ciri ini. Anda hanya perlu membiarkan tawaran itu luput selepas 30 hari (dari hari tawaran), dan tiada tindakan lanjutan diperlukan dari pihak anda.

