Mengapakah saya tidak perlu mengemukakan dokumen pendapatan semasa memohon FlexiCredit?
Mendapat kelulusan untuk had FlexiCredit tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen pendapatan?
Ini adalah ciri baharu yang diperkenalkan oleh GXBank, menjadikan proses permohonan FlexiCredit anda lebih cepat dan mudah!
Jika anda dipilih untuk proses permohonan khas ini, kami akan menjalankan semakan profil kredit dan kewangan anda secara automatik, tanpa sebarang penyerahan dokumen.
Ini bermakna kami boleh menawarkan had FlexiCredit kepada anda tanpa memerlukan sebarang dokumen pendapatan seperti penyata bank atau penyata KWSP.

