Mengapakah "Malware" berbahaya dan bagaimana cara untuk menghapuskannya?
"Malware" yang dipasang pada peranti anda berpotensi mencuri maklumat peribadi dan mengambil alih kawalan peranti anda untuk menjalankan transaksi perbankan tanpa kebenaran. Oleh itu, akses ke aplikasi GXBank anda akan disekat apabila "Malware" dikesan.
Untuk terus menggunakan aplikasi GXBank anda, anda perlu menghapuskan "Malware" tersebut.
Langkah-langkah untuk menghapuskan aplikasi yang dikenal pasti
Untuk pengguna telefon Android:
- Klik dan tahan ikon aplikasi yang ingin dipadamkan.
- Seret ikon aplikasi ke bahagian ‘Nyahpasang’ di bahagian atas skrin.
- Jika pilihan ‘Nyahpasang’ tidak kelihatan, pergi ke ‘Maklumat Aplikasi’ dan klik ‘Nyahpasang’.
- Klik OK apabila pop-up pengesahan nyahpasang muncul.
Untuk menghapuskan aplikasi melalui tetapan:
- Pergi ke Tetapan telefon anda dan ketik Aplikasi.
- Pilih aplikasi yang ingin dihapuskan.
- Pilihan untuk Nyahdaya atau Nyahpasang akan muncul di bahagian bawah skrin. Pilih pilihan yang sesuai dan sahkan penghapusan.