Apakah tanggungjawab saya sebagai pemegang kad GX?
Tanggungjawab anda sebagai pemegang Kad GX adalah seperti berikut:
Untuk transaksi yang menggunakan PIN tanpa kebenaran, anda akan bertanggungjawab jika anda:
- Berlaku secara menipu.
- Lambat memberitahu kami dengan segera setelah menemui kehilangan atau penggunaan yang tidak dibenarkan Kad GX anda.
- Secara sukarela mendedahkan PIN anda kepada orang lain.
- Merekodkan PIN anda pada Kad GX atau pada mana-mana barang yang diletakkan berdekatan dengan Kad GX anda.
Untuk transaksi yang tidak dibenarkan dengan pengesahan tandatangan atau pembayaran tanpa sentuhan, anda akan bertanggungjawab jika anda:
- Berlaku secara menipu.
- Lambat memberitahu kami dengan segera setelah menemui kehilangan atau penggunaan yang tidak dibenarkan Kad GX anda.
- Meninggalkan Kad GX anda atau barang yang mengandungi Kad GXanda tanpa pengawasan di tempat-tempat yang boleh dilihat dan dijangkakan oleh orang lain.
- Secara sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad GX anda.