Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apakah pengecualian utama di dalam Z-Travel?

 

Produk ini tidak melindungi:

  • Peperangan atau tindakan Peperangan, sama ada diisytiharkan atau tidak;
  • Penyertaan langsung anda dalam mogok, rusuhan dan kekacauan atau kebangkitan awam;
  • Pembunuhan atau serangan disebabkan provokasi anda, rakan perjalanan anda atau ahli keluarga anda, kecederaan disengajakan,
  • bunuh diri atau percubaan membunuh diri sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman;
  • Pendedahan anda, rakan perjalanan atau ahli keluarga anda kepada bahaya luar biasa (kecuali dalam usaha menyelamatkan nyawa manusia);
  • Keadaan sedia ada (tidak berkenaan dengan Manfaat 6);
  • Epidemik dan/atau pandemik (tidak berkenaan dengan Seksyen c – Manfaat Covid-19);
  • Tindakan keganasan (tidak berkenaan dengan Manfaat 7, 8, 9, 10 dan 17);
  • Kejadian atau keadaan di mana anda sedar atau sewajarnya sedar semasa pembelian insurans atau menempah perjalanan anda (yang mana berlaku kemudian) yang boleh dijangkakan dengan sewajarnya akan menyebabkan tuntutan di bawah polisi ini;
  • Anda tidak mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan tuntutan selepas terdapat amaran media massa tentang mogok, rusuhan, cuaca buruk atau keadaan lain;
  • Sebarang keadaan yang sedia ada atau diketahui kepada orang ramai sebelum anda menempah perjalanan;
  • Mendaki gunung atau sebarang aktiviti di paras melebihi tiga ribu (3,000) meter (tidak berkenaan dengan Manfaat 17); dan
  • Untuk pelan antarabangsa, jika satu (1) daripada sebab bagi perjalanan anda adalah mendapatkan rawatan perubatan di luar negara, pemvaksinan, pemeriksaan, penjagaan atau nasihat perubatan tidak kira sama ada ini merupakan tujuan tunggal atau utama perjalanan anda; 

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada kontrak polisi untuk senarai penuh pengecualian yang terdapat di dalam produk ini