Mengapakah saya tidak dapat mendapatkan sebut harga untuk kereta saya?
Ia mungkin disebabkan oleh mana-mana sebab berikut (senarai ini bukan senarai lengkap):
- Anda memasukkan nombor kereta dan/atau kad pengenalan yang salah.
- Tarikh pembaharuan polisi anda yang seterusnya adalah lebih daripada 60 hari.
- Polisi insurans anda telah tamat tempoh.
- Model kereta anda tidak dilindungi oleh syarikat insurans.
- Jumlah yang diinsuranskan bagi kereta anda melebihi jumlah maksimum yang diinsuranskan.
- Jumlah yang diinsuranskan bagi kereta anda kurang daripada jumlah minimum yang diinsuranskan.
- Had umur kereta anda telah melebihi had penerimaan syarikat insurans.