Bagaimanakah saya membatalkan polisi saya?
Anda boleh membatalkan polisi anda dengan memberikan notis bertulis kepada Zurich dan mesti mengembalikan Sijil Insurans Asal (CI) atau Akuan Berkanun kepada syarikat insurans jika CI hilang.
Selepas Pembatalan, anda layak mendapat bayaran balik premium berdasarkan perkara berikut:
- Asas Pro-Rate jika polisi telah diperbaharui secara berterusan dengan syarikat insurans.
- Asas Tempoh Pendek jika kereta baru diinsuranskan dengan syarikat insurans, untuk tempoh kurang daripada 12 bulan.
- Tiada bayaran balik premium:
- Jika premium minimum dibayar.
- Jika terdapat tuntutan yang dibuat ke atas Polisi.