Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apakah ganjaran kempen dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?

 

Ganjaran Kempen 

Setiap Pelanggan yang Layak hanya boleh menerima satu (1) Ganjaran Kempen (seperti yang ditentukan oleh keputusan putaran roda "Tap untuk Menang (Tap to Win)") sepanjang Tempoh Kempen.

Untuk menerima Ganjaran Kempen, pengguna yang layak mesti mengikuti langkah-langkah di bawah dalam susunan yang ditentukan dan dalam tempoh kempen:

  1. Putar roda "Tap untuk Menang (Tap to Win)" digital pada aplikasi Grab
  2. Hantar permohonan yang sah untuk FlexiCredit melalui aplikasi GXBank
  3. Mempunyai permohonan FlexiCredit yang berjaya diluluskan oleh GXBank
  4. Aktifkan had FlexiCredit yang diluluskan melalui aplikasi GXBank


Kelulusan permohonan FlexiCredit anda adalah berdasarkan penilaian terperinci profil dan kelayakan kredit anda. Memenuhi kriteria kelayakan sahaja tidak menjamin kelulusan.

Ganjaran Kempen* Kelayakan Ganjaran Kempen 

Ganjaran wang tunai RM1,000

Ganjaran wang tunai RM100

Ganjaran wang tunai RM10 

Ganjaran wang tunai RM5

Pelanggan yang Layak boleh menerima Ganjaran Kempen ini sekali sepanjang Tempoh Kempen.

Pelanggan yang layak mesti mengaktifkan had FlexiCredit yang diluluskan melalui aplikasi GXBank sebelum 8 Julai 2025, 11:59 malam.

Ganjaran Kempen akan dikreditkan ke dalam Akaun GX Pelanggan yang Layak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh pengaktifan had FlexiCredit berjaya.

*Jumlah Ganjaran Kempen akan berbeza dari seorang ke seorang berdasarkan hasil putaran roda 'Tap untuk Menang (Tap to Win)’. Putaran roda 'Tap untuk Menang (Tap to Win)’ akan berlaku pada aplikasi Grab, tetapi pengkreditan ganjaran tunai akan diberikan kepada akaun simpanan GXBank pengguna.

Ilustrasi Kelayakan Ganjaran Kempen:

  Ilustrasi Kelayakan Ganjaran Kempen

1

Pelanggan A

  1. menerima komunikasi langsung daripada Grab mengenai kempen tersebut.
  2. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) dan kemudiannya memohon FlexiCredit. 
  3. permohonan mereka telah diluluskan, dan mereka mengaktifkan had kredit yang diberikan dalam Tempoh Kempen.

Pelanggan A layak mendapat Ganjaran Kempen. 

Pelanggan memenuhi semua syarat termasuk menerima komunikasi langsung, memutar roda sebelum pengaktifan, dan mengaktifkan dalam Tempoh Kempen.

2

Pelanggan B

  1. tidak menerima komunikasi langsung daripada Grab mengenai kempen tersebut.
  2. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) dan kemudiannya memohon FlexiCredit. 
  3. permohonan mereka telah diluluskan, dan mereka mengaktifkan had kredit yang diberikan dalam Tempoh Kempen.

Pelanggan B tidak layak untuk Ganjaran Kempen kerana mereka tidak menerima komunikasi kempen langsung daripada Grab atau GXBank, prasyarat untuk kelayakan.

 

3

Pelanggan C

  1. menerima komunikasi langsung daripada Grab mengenai kempen tersebut.
  2. memohon FlexiCredit, permohonan mereka diluluskan, dan mereka mengaktifkan had kredit yang diberikan dalam Tempoh Kempen.
  3. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) selepas pengaktifan FlexiCredit.

Pelanggan C tidak layak untuk Ganjaran Kempen kerana roda mesti diputar sebelum pengaktifan FlexiCredit.

4

Pelanggan D

  1. menerima komunikasi langsung daripada Grab mengenai kempen tersebut.
  2. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) dan kemudiannya memohon FlexiCredit. 
  3. permohonan FlexiCredit mereka telah ditolak.

Pelanggan D tidak layak untuk Ganjaran Kempen kerana mereka tidak memenuhi syarat mempunyai kemudahan FlexiCredit yang diluluskan dan diaktifkan.

5

Pelanggan E

  1. menerima komunikasi langsung daripada Grab dan mengenai kempen tersebut.
  2. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) dan kemudiannya memohon FlexiCredit. 
  3. Permohonan mereka telah diluluskan, tetapi mereka tidak mengaktifkan had kredit mereka.

Pelanggan E tidak layak untuk Ganjaran Kempen kerana pengaktifan FlexiCredit dalam Tempoh Kempen adalah wajib untuk menerima ganjaran.

6

Pelanggan F

  1. menerima komunikasi langsung daripada Grab mengenai kempen tersebut.
  2. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) dan kemudiannya memohon FlexiCredit. 
  3. permohonan mereka telah diluluskan, tetapi mereka mengaktifkan had kredit yang diberikan selepas Tempoh Kempen.

Pelanggan F tidak layak untuk Ganjaran Kempen kerana pengaktifan FlexiCredit dalam Tempoh Kempen adalah wajib untuk menerima ganjaran.

7

Pelanggan G

  1. menerima komunikasi langsung daripada Grab mengenai kempen tersebut.
  2. memutar roda Tap untuk Menang (Tap to Win) dan kemudiannya memohon FlexiCredit. 
  3. permohonan mereka telah diluluskan, dan mereka mengaktifkan had kredit yang diberikan dalam Tempoh Kempen.
  4. walau bagaimanapun, akaun Grab dan akaun GXBank mereka didaftarkan di bawah nombor telefon bimbit yang berbeza.

Pelanggan G tidak layak untuk Ganjaran Kempen kerana salah satu syarat kempen ialah kedua-dua akaun Grab dan GXBank mesti didaftarkan di bawah nombor telefon bimbit yang sama pada setiap masa — semasa permohonan FlexiCredit dan sepanjang tempoh kempen untuk membolehkan Ganjaran Kempen diberikan.

  • Was this article helpful?