Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Apakah ganjaran kempen ini dan bagaimana saya boleh mendapatkannya?

 

Ganjaran Kempen: Sehingga dua (2) baucar GrabFood bernilai RM4

Kriteria Kelayakan:

Untuk menerima Ganjaran Kempen, anda mesti:

  • Melakukan pautan pertama Akaun GX anda ke akaun Grab melalui Aplikasi Grab
  • Melengkapkan sekurang-kurangnya satu (1) transaksi tambah nilai GrabPay Wallet menggunakan Akaun GX yang telah dipautkan, dengan jumlah minimum RM50 bagi setiap transaksi (“Transaksi Layak”).

Nota Penting:

  • Anda layak menerima satu (1) baucar GrabFood bagi setiap Transaksi Layak, dan maksimum dua (2) baucar GrabFood semasa Tempoh Kempen.
  • Ganjaran Kempen adalah sah untuk digunakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengeluaran baucar.
  • Ganjaran Kempen boleh ditebus dan digunakan dalam Aplikasi Grab menggunakan kaedah pembayaran yang dipautkan dengan Akaun GX, Kad GX atau GrabPay Wallet sahaja.

Ilustrasi Kelayakan Ganjaran Kempen:

Illustrasi Kelayakan Ganjaran Kempen

Sepanjang Tempoh Kempen,

Pelanggan A:

  1. Melakukan pautan pertama Akaun GX beliau ke akaun Grab melalui Aplikasi Grab beliau.
  2. Melengkapkan 2x transaksi tambah nilai GrabPay Wallet bernilai RM50 menggunakan Akaun GX yang telah dipautkan.

Pelanggan A layak menerima Ganjaran Kempen penuh.


Nota: Satu (1) baucar GrabFood bagi setiap Transaksi Layak, sehingga maksimum dua (2) baucar GrabFood bagi setiap Pelanggan Layak.

Sepanjang Tempoh Kempen,

Pelanggan B:

  • Melakukan pautan pertama Akaun GX beliau ke akaun Grab melalui Aplikasi Grab beliau.
  • Melengkapkan 1x transaksi tambah nilai GrabPay Wallet bernilai RM50 menggunakan Akaun GX yang telah dipautkan.

Pelanggan B layak menerima Ganjaran Kempen separa.


Nota: Satu (1) baucar GrabFood bagi setiap Transaksi Layak, sehingga maksimum dua (2) baucar GrabFood bagi setiap Pelanggan Layak.

Sepanjang Tempoh Kempen,

Pelanggan C:

  1. Melakukan pautan pertama Akaun GX beliau ke akaun Grab melalui Aplikasi Grab beliau.
  2. Melengkapkan 2x transaksi tambah nilai kredit GrabPay Wallet bernilai RM25 menggunakan Akaun GX yang telah dipautkan.

 

Pelanggan C tidak layak menerima Ganjaran Kempen.


Nota: Transaksi tambah nilai GrabPay Wallet mestilah berjumlah sekurang-kurangnya RM50 bagi setiap transaksi untuk layak sebagai Transaksi Layak.

Sepanjang Tempoh Kempen,

Pelanggan D:

  1. Menyambung semula pautan Akaun GX beliau ke akaun Grab melalui Aplikasi Grab selepas beliau sebelumnya telah memutuskan pautan kedua-dua akaun tersebut.
  2. Melengkapkan 2x transaksi tambah nilai GrabPay Wallet bernilai RM50 menggunakan Akaun GX yang telah dipautkan.

Pelanggan D tidak layak menerima Ganjaran Kempen.


Nota: Pelanggan yang sebelum ini telah memautkan dan kemudiannya memutuskan pautan Akaun GX mereka daripada akaun Grab di dalam Aplikasi Grab tidak layak untuk menyertai Kempen ini.

  • Was this article helpful?