Apakah kempen ini?
Kempen Taraf Cyber Fraud Protect - Menangi Apple Watch (“Kempen”) dianjurkan oleh GX Bank Berhad (“GXBank”) dengan kerjasama Zurich General Insurance Malaysia Berhad (“Zurich”) dan akan berlangsung dari 1 November 2026 hingga 31 Disember 2026 (termasuk kedua-dua tarikh), atau sebaik sahaja Had Maksimum (seperti yang diterangakrifkan dalam Klausa 2.3 dalam Terma dan Syarat Kempen) dicapai, atau tempoh lain yang mungkin ditetapkan oleh GXBank dari semasa ke semasa dengan notis terlebih dahulu kepada anda (“Tempoh Kempen”) dan seterusnya diasingkan kepada Bulan Kempen mengikut jadual di bawah.
| Bulan Kempen | Tarikh Kempen | Bilangan Hari |
| November 2026 | 1 hingga 30 November 2026 | 30 Hari |
| Disember 2026 | 1 hingga 31 Disember 2026 | 31 Hari |

