Bila dan bagaimana saya akan menerima Ganjaran ini?
Nilai pulangan tunai akan dikira dan dibundarkan ke bawah kepada dua titik perpuluhan terdekat. Jumlah pulangan tunai mesti sekurang-kurangnya RM0.01 untuk dikreditkan ke dalam Akaun GX anda.
Pulangan tunai akan dikreditkan ke Akaun GX peserta yang ayak selepas Perbelanjaan Layak sama ada dibenarkan atau lengkap, iaitu apabila Perbelanjaan Layak berada dalam status “Sedang Diproses” atau ”Berjaya”. Dalam sesetengah ke, pengkreditan pulangan tunai mungkin mengambil masa sehingga dua (2) minggu dari tarikh Perbelanjaan Layak dilakukan. Jika Perbelanjaan Layak dibatalkan selepas itu, sebarang jumlah pulangan tunai yang telah dikreditkan akan ditarik balik atau didebitkan dari Akaun GX Peserta yang Layak.