Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Bila dan bagaimana saya akan mendapatkan ganjaran pulangan tunai?

 

Pulangan tunai akan dikreditkan ke Akaun GX Pelanggan yang Layak pada penghujung hari berikutnya selepas Perbelanjaan yang Layak diluluskan atau diselesaikan (iaitu apabila statusnya adalah 'Sedang Diproses' atau 'Berjaya'). Dalam kes-kes tertentu, pengkreditan pulangan tunai mungkin mengambil masa sehingga dua (2) minggu dari tarikh transaksi Perbelanjaan Layak. Jika Perbelanjaan yang Layak dibatalkan, sebarang pulangan tunai yang telah dikreditkan akan dibatalkan/didebitkan daripada Akaun GX Pelanggan yang Layak.

Jumlah Pulangan Tunai Tauke akan dikira dan dibundarkan ke bawah kepada dua tempat perpuluhan terdekat, dan jumlah Pulangan Tunai Tauke mestilah sekurang-kurangnya RM0.01 untuk dikreditkan ke Akaun GX anda. Pelanggan yang Layak boleh menerima Pulangan Tunai Tauke untuk setiap transaksi Perbelanjaan Layak seterusnya yang dilakukan dalam Bulan Kempen yang sama.

  • Was this article helpful?