Kempen ini mengenai apa?
Kempen Perlindungan Penipuan Siber (“Kempen”) dianjurkan oleh GX Bank Berhad (dahulunya dikenali sebagai A5-DB Operations (M) Berhad) (“GXBank”) dengan kerjasama Zurich General Insurance Malaysia Berhad (“Zurich”) dan akan berlangsung dari 14 Ogos 2024 hingga 13 November 2024 (kedua-dua tarikh termasuk), atau sehingga Had Maksimum (seperti yang ditakrifkan dalam Klausa 2.3 di dalam Terma dan Syarat Kempen) dicapai, atau tempoh lain seperti yang mungkin ditentukan oleh GXBank dari semasa ke semasa dengan notis awal kepada anda (“Tempoh Kempen”).