Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Akaun saya telah dibuka tetapi ditutup oleh GXBank selepas itu. Apa yang berlaku?

 

Jika Akaun GX anda telah ditutup, sebabnya mungkin berbeza-beza. Sila rujuk senario berikut untuk penjelasan lanjut:

1. Tiada Deposit Permulaan:
Jika anda baru membuka akaun, anda mungkin tidak melakukan deposit pertama anda untuk memastikan akaun anda aktif. Ia amat penting untuk melakukan sekurang-kurangnya satu (1) transaksi deposit dalam tempoh 90 hari. Ini boleh dilakukan melalui salah satu kaedah berikut:

a) Depositkan sebarang amaun daripada akaun anda sendiri atau akaun pihak ketiga dari mana-mana bank di Malaysia jika anda telah mendaftar untuk DuitNow dan memautkan ID DuitNow anda dengan akaun bank; atau

b)Lakukan deposit permulaan minimum RM10 daripada akaun bank anda sendiri (pindahan dana pihak pertama) jika anda belum mendaftar untuk DuitNow, atau jika ID DuitNow anda dipautkan dengan akaun e-dompet.

2. Kebimbangan Kawal Selia, Risiko dan Isu Pematuhan:

Jika akaun anda sudah aktif dan ditutup, ia mungkin disebabkan oleh kebimbangan kawal selia, risiko atau isu pematuhan yang membawa kepada pembekuan akaun, penggantungan, sekatan, penutupan atau penamatan.

Untuk maklumat lanju, anda boleh menghubungi pegawai khidmat pelanggan 24/7 kami melalui pelbagai saluran:

  • In-app Live Chat
  • Hotline di +603 7498 3188
  • E-mel di ask@gxbank.my