Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Adakah GXBank akan meminta maklumat sulit saya (cth. nama pengguna, kata laluan, PIN, dll.) melalui telefon, e-mel atau SMS?

 

Keselamatan anda adalah keutamaan kami di GXBank. Sebagai peringatan, pihak kami tidak akan pernah meminta maklumat peribadi anda, seperti nama pengguna, PIN, atau OTP, melalui panggilan telefon, emel, atau SMS.

Sekiranya anda menerima sebarang panggilan, emel, atau SMS yang meminta butiran log masuk anda, sila elakkan berkongsi butiran tersebut. Kami mengesyorkan anda hubungi talian Hotline Khidmat Pelanggan kami yang beroperasi 24 jam dengan segera. Kami di sini sedia membantu dan memastikan keselamatan akaun anda terpelihara.

  • Was this article helpful?