Apakah itu GX Biz FlexiLoan?
GX Biz FlexiLoan ialah sejenis perkhidmatan kredit pusingan, di mana pelanggan perniagaan akan diberikan had kredit yang boleh digunakan untuk membuat pengeluaran, selagi ia berada dalam had kredit yang telah ditetapkan.
Apakah itu kredit pusingan?
Anda mempunyai fleksibiliti untuk meminjam daripada talian kredit ini hanya apabila anda memerlukannya. Tiada faedah atau caj akan dikenakan jika anda tidak meminjam daripada talian kredit tersebut. Anda boleh membuat beberapa pinjaman sehingga had kredit yang diperuntukkan kepada anda.
Apakah kelebihan GX Biz FlexiLoan?
Anda boleh mendapatkan tunai serta-merta, 24/7. Pinjam segera hanya dengan satu klik butang. Sebelum membuat pinjaman, semua kadar faedah dan caj akan dipaparkan dengan jelas kepada anda supaya anda boleh membuat pilihan terbaik. Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih tarikh bayaran balik bulanan yang sesuai dengan perniagaan anda. Tiada caj untuk bayaran balik awal. Tiada yuran tahunan. Tiada caj lewat, tetapi faedah lewat akan dikenakan sekiranya anda gagal membuat bayaran balik pinjaman tepat pada masanya. Anda boleh membuat beberapa pinjaman, sehingga jumlah penuh daripada had kredit yang tersedia.