Bagaimanakah saya boleh membayar balik pengeluaran saya?
Bayaran balik untuk pengeluaran diurus sepenuhnya melalui aplikasi GXBank. Anda boleh memilih daripada pilihan berikut:
- Potongan Automatik: Bayaran akan ditolak secara automatik daripada akaun Deposit GX anda.
- Bayaran Manual: Anda boleh membuat bayaran secara manual daripada akaun Deposit GX anda menjelang tarikh bayaran balik.
Sila pastikan anda mempunyai dana yang mencukupi dalam akaun Deposit GX anda sebelum tarikh akhir untuk mengelakkan sebarang kegagalan bayaran. Harap maklum bahawa bayaran balik melalui bank lain tidak dibenarkan buat masa ini.