Saya telah memindahkan wang ke penerima yang salah. Bolehkah saya membatalkan transaksi dan mendapatkan semula dana tersebut?
Kami memahami bahawa pindahan dana kepada penerima yang salah sangat membimbangkan. Kami sedia membantu anda menyelesaikan situasi ini.
Jika nombor akaun yang anda masukkan tidak wujud atau butiran akaun tidak sah, dana tersebut akan dipulangkan secara automatik ke akaun anda. Walau bagaimanapun, jika nombor akaun tersebut sah dan transaksi telah berjaya diselesaikan, kami mengesyorkan langkah-langkah berikut:
Bertindak segera: Sebaik sahaja anda menyedari kesilapan tersebut, hubungi pasukan Khidmat Pelanggan 24/7 kami melalui saluran berikut:
- Live Chat dalam Aplikasi GXBank
- Pusat Bantuan GXBank: Borang Hubungi Kami
- Talian GXBank: +603 7498 3188
- E-mel Khidmat Pelanggan GXBank: ask@gxbank.my
Sila berikan maklumat yang diperlukan seperti tarikh dan masa transaksi serta butiran akaun penerima.
Buat laporan polis: Sila ke balai polis berhampiran dan membuat laporan berkenaan transaksi tersilap tersebut. Pastikan anda memberikan semua maklumat berkaitan, termasuk nombor akaun penerima, nama, dan butiran lain yang boleh membantu siasatan.
Walaupun kami akan berusaha sedaya upaya untuk membantu anda mendapatkan semula dana tersebut, sila maklum bahawa kejayaan pemulangan dana bergantung pada pelbagai faktor, termasuk kerjasama daripada penerima dan institusi kewangan mereka.
Adalah penting untuk sentiasa berhati-hati dan menyemak semua butiran penerima sebelum memulakan sebarang pemindahan dana. Mengesahkan ketepatan nombor akaun, nama penerima dan maklumat lain yang berkaitan dapat membantu mengelakkan situasi seperti ini.