Skip to main content
DIGIBANK Malaysia

Mengapa percubaan saya untuk memindahkan deposit awal ke Akaun GX Biz tidak berjaya?

 

Deposit permulaan minimum sebanyak RM10 diperlukan daripada akaun bank atas nama anda sendiri (pemindahan dana pihak pertama). Jika dana diterima daripada akaun pihak ketiga, ia akan dipulangkan ke akaun asal dala tempoh 5 hari bekerja.

Berikut ialah contoh pemindahan dana pihak pertama:

Contoh 1
Nama Pemegang Akaun (Bank ABC): John Bin Joe
Nama (mengikut MyKad): John Bin Joe

Contoh 2
NRIC Pemegang Akaun (Bank ABC): 880125-10-1234
NRIC (mengikut MyKad): 880125-10-1234

Sila pastikan bahawa pemindahan dana dilakukan melalui Aplikasi GX, dan bukan melalui platform perbankan pihak ketiga secara langsung. Ikuti langkah-langkah berikut untuk melengkapkan pemindahan:

Log masuk ke Aplikasi GX anda.
Pada halaman utama, pilih “Deposit” dan pilih bank pilihan anda.
Anda akan dibawa ke halaman log masuk bank tersebut. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan pemindahan dana ke Akaun GX Biz anda dengan berjaya.